(VIDEO) “Kena Halau Dari Rumah..”- Anak-Anak Tidur Tengah Panas, Ibu Kecewa Tak Mampu Beri Keselesaan

Kehidupan

(VIDEO) “Kena Halau Dari Rumah..”- Anak-Anak Tidur Tengah Panas, Ibu Kecewa Tak Mampu Beri Keselesaan

Sebagai seorang ibu, pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Namun, kadang kala keadaan dan nasib yang tidak mengizinkan membuatkan seseorang itu tidak mampu memberi keselesaan dan kehidupan yang mewah seperti orang lain.

Advertisement

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang pengguna @nuruleifa9543 telah berkongsi rasa bersalah apabila melihat anak-anaknya sendiri yang hidup susah sehingga terpaksa tidur di tepi jalan beralaskan tikar.

Dalam video tersebut, terlihat beberapa anak remaja sedang melelapkan mata di tengah panas dan berselimut tebal.

Difahamkan, wanita yang memuat video tersebut merupakan ibu kepada anak-anak tersebut yang telah dihalau dari rumah sejak empat bulan yang lalu dan kini sedang mencari kerja dan tempat perlindungan.

Wanita itu juga memaklumkan bahawa dia kini sedang menjual tisu bagi menyara kehidupan bersama anak-anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati dengan nasib mereka sekeluarga malah ada juga yang menawarkan pekerjaan buat wanita tersebut.

Komen TikTokSumber : TikTok  

Namun, disebabkan oleh beberapa soalan daripada warga maya tidak terjawab oleh wanita tersebut, bantuan yang ingin diberikan tidak dapat dihulurkan dengan sebaiknya.

Jual Insurans
3 years ago

"Kecik-Kecik Susahkan Mak Ayah.."- Kena Paksa Beli Hibah, Ejen Insurans Ini Mengundang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...