(VIDEO) Kemunculan ‘Tank’ Gergasi Di Jalan Raya Melaka Buat Netizen Teruja

Trending

(VIDEO) Kemunculan ‘Tank’ Gergasi Di Jalan Raya Melaka Buat Netizen Teruja

Tular baru-baru ini beberapa rakaman tangki gergasi di jalan raya Melaka. Kelihatannya ramai yang teruja dan tertanya-tanya kegunaan kenderaan besar itu. Yelah, satu ruang jalan raya tu saja tangki tu dah conquer! Fuh.

Menerusi perkongsian pengguna laman sosial Tiktok, iykafarhana, dia turut berkongsi video menunjukkan tangki besar tersebut yang bergerak agak perlahan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Advertisement

“Besau bagak! orang Melaka dah boleh jangka, dia kalau keluar, jalan raya dia punya”

Rata-rata netizen mengatakan bahawa itulah kali pertama mereka melihat tangki sebesar itu. Sampai ada yang takut sebab terlalu besar macam gergasi! Tak kurang juga yang mempersoalkan macam mana tangki ini boleh bergerak. haha macam-macam.

 “Aku kalau kat belakang dia mesti aku mengucap siap-siap!”

“Ingatkan kapal selam tadi!”

Sumber : Tiktok (Giant Vessel)

Berdasarkan respon pemilik iykafarhana, tangki tersebut rupanya adalah pressure vessel atau pengandung tekanan yang direka untuk menyimpan gas atau cecair pada tekanan yang berbeza daripada tekanan sekitar.

Giant VesselIni lah rupa Giant Vessel kegunaan industri minyak dan gas. Besar betul kan, respect lah kepada siapa yang kendalikan kenderaan berat ni.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...