Kebersihan diri adalah salah satu perkara yang harus diambil berat oleh setiap individu kerana ianya mewakili penampilan seseorang.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah individu yang tidak mengambil kisah tentang kebersihan diri mereka.
Baru-baru ini, tular di laman sosial TikTok yang memaparkan video seorang wanita makan dengan menggunakan kuku yang panjang.
Pengguna TikTok yang dikenali sebagai Dewiyahya79 itu telah memuat naik sebuah video untuk menjawab pertanyaan dari salah seorang pengikutnya di TikTok.
Video yang berdurasi satu minit lima puluh sembilan saat berikut menunjukkan wanita berkenaan menunjukkan cara makan makanan dengan menggunakan kuku yang panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa terhadap warganet yang menonton video tersebut.