(VIDEO) “Keluarga Yang Lengkap, Saya Bersyukur & Gembira” – Ally Iskandar Hadir Majlis Resepsi Bekas Isteri, Sejuk Hati Tengok Suami Farah Lee

Hiburan

(VIDEO) “Keluarga Yang Lengkap, Saya Bersyukur & Gembira” – Ally Iskandar Hadir Majlis Resepsi Bekas Isteri, Sejuk Hati Tengok Suami Farah Lee

Tanggal 5 Januari lalu, pensohor media sosial dan juga aktivis kemanusiaan, Farah Lee telah selamat mendirikan rumah tangga kali kedua bersama lelaki pilihan setelah tujuh tahun bergelar ibu tunggal.

Majlis resepsi yang diadakan bagi meraikan hari bahagia pasangan mempelai ini turut dihadiri bekas suami Farah Lee, personaliti media sosial Ally Iskandar.

Advertisement

Gembira Farah Lee sudah bertemu jodoh

Ally yang ditemui media ketika di majlis resepsi itu menzahirkan rasa syukur apabila bekas isterinya itu ditemukan jodoh dan pasangan yang baik selain gembira anak mereka, Maream Esaabel dapat menikmati satu institusi keluarga yang lengkap.

Macam Farah kata tadi, sekarang kami pun dah seri, dia pun dah berkahwin Alhamdullilah saya bersyukur dan gembira.

Semoga anak kami Maream dapat rasa institusi yang lengkap di rumah. Saya tengok wajah Fuad sejuk hati, saya rasa dia boleh jadi ayah yang baik.

Bertoleransi bila melibatkan hal anak

Ujarnya lagi, meskipun dia dan Farah sering berbeza pendapat, namun apabila melibatkan Maream, kedua-duanya perlu bertoleransi.

Kami pun ada pendirian masing-masing tapi yang penting bagaimana anak akan mengharungi semua ini. Walaupun ada perbezaan pandangan atau pendirian, kami kena cari satu jalan tengah untuk merasai institusi keluarga itu walaupun berjauhan.

Memang kalau soal anak kami akan bertoleransi dan bertimbang rasa, Alhamdullilah setakat ini begitulah.

Sekadar info, Ally dan Farah pernah berkahwin pada 20 Januari 2012 namun bercerai 4 tahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maream yang kini berusia 9 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti Nordiana
3 months ago

Dirakam Berada Di Butik Perkahwinan, Siti Nordiana Bakal Mendirikan Rumah Tangga?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...