(Video) Kelibat Wanita Berbaju Putih Berlari Dukung Kucing Curi Tumpuan Netizen

Trending

(Video) Kelibat Wanita Berbaju Putih Berlari Dukung Kucing Curi Tumpuan Netizen

Hari ini tular mengenai kelibat seorang wanita berbaju putih berlari sambil mendukung seekor kucing oren di dalam laporan berita yang disiarkan di Buletin TV3 semalam mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Dengan kuasa media sosial, wanita dan kucingnya yang mencuri tumpuan netizen tersebut dapat dikenal pasti. Namanya Mayamin Husna Hisham dan dia bukanlah cuba ‘menculik’ kucing itu.

Advertisement

Itu kucing saya

Mayamin atau Maya, mengesahkan kucing itu adalah miliknya. Kucing oren tersebut diberi naman Mineski atau Neski, dan dia merupakan ibu kepada dua anak kucing yang turut dipelihara Maya.

Maya yang berusia 22 tahun memelihara 15 ekor kucing kesemuanya. Dia berkata semasa “kejadian” itu semalam, dia dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Sabak Bernam bersama Mineski dan dua anak kucingnya.

“Tiba-tiba kucing saya terbuang air besar dalam carrier, habis semua kotor dan kebetulan berdekatan dengan R&R Sungai Buloh, jadi saya singgah cuci carrier dan badan kucing yang terkena najis termasuklah Neski.

Tambah Maya, keadaannya berlari-lari sambil mendukung Neski disebabkan mahu mengelak daripada baju putih yang dipakainya kotor. Dia turut merasa sedikit cemas apabila melihat terdapat sekumpulan askar dan polis di situ.

Maya tidak menyangka aksinya itu terakam di dalam laporan berita oleh wartawan TV3. Ada yang turut mengusik menyatakan dia cuba ‘menculik’ kucing itu.


Maya mengatakan bahawa ini adalah pertama kali dia membawa Neski pulang ke rumah ibunya dan dia juga bimbang kucing itu mungkin takut dan lari kerana terdapat banyak kereta di kawasan sekitar.

Setelah membersihkannya, Maya meneruskan perjalanannya dan mereka semua selamat sampai ke Sabak Bernam. Dia tidak menyangka pada masa itu bahawa dirinya dan Neski akan menjadi “selebriti media sosial”.

Jumpa Neski di hadapan pusat siber

Menceritakan saat mula memelihara Neski, Maya mengatakan bahawa dia menjumpai Neski kira-kira setahun yang lalu. Sebagai pencinta kucing dia tidak mampu membiarkan Neski hidup di jalanan lalu membawanya pulang.

Nama Mineski diberi kepada kucing itu bersempena nama pusat siber di mana dia menjumpai kucing oren tersebut.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...