Sudah menjadi kebiasaan untuk mempunyai kek bagi menyambut apa-apa sekali pun tidak kiralah hari lahir, baby shower, parti bujang atau sebagai ucapan tahniah sekali pun.
Zaman sekarang ini, pelbagai jenis rupa kek boleh dicipta menggunakan fondant dan selalunya ia akan ditempah mengikut tema apa yang disukai individu yang diraikan.
Namun, seorang wanita berhijab baru-baru ini meraih perhatian dan menerima kecaman ramai netizen kerana design kek yang dipegangnya.
Menerusi video yang tular di media sosial, wanita itu memegang kek yang berbentuk kemaluan lelaki di atasnya, siap ada pancutan seperti air mani!
Malah, lebih menjijikkan ada replika tangan wanita yang dibuat menunjukkannya sedang memegang kemaluan itu.
Wtf bila pakai tudung jadi budaya ????? pic.twitter.com/FdEej2DYQN
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) February 14, 2023
Difahamkan, kek itu dibuat bagi menandakan sambutan parti bujang kerana dia bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati.
Kejadian itu dikatakan berlaku di negara jiran, Indonesia dan telah mengundang pelbagai reaksi warganet apatah lagi kerana imejnya yang bertudung.
Menerusi komen di Twitter, ramai netizen yang meluahkan rasa geli selepas melihat video tersebut terutamanya part di mana cecair keluar dari kemaluan buatan itu.