(VIDEO) Kejadian Tanah Runtuh Di Ampang, 4 Mangsa Terkorban, 15 Buah Rumah Rosak

Berita

(VIDEO) Kejadian Tanah Runtuh Di Ampang, 4 Mangsa Terkorban, 15 Buah Rumah Rosak

Tular di laman Twitter, video memaparkan kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor petang semalam.

Menurut laporan Kosmo, kira-kira 15 buah rumah dan 10 kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian itu.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata 5 orang mangsa telah tertimbus namun mangsa pertama telah ditemukan selamat.

landslide

Mangsa kedua yang juga isteri kepada mangsa pertama telah disahkan meninggal dunia. Mayat pekerja Air Selangor turut ditemukan di lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa kelima merupakan seorang lelaki dipercayai lingkungan 50-an yang juga penghuni sebuah rumah yang tertimbus sepenuhnya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Pasukan penyelamat terus menjalankan operasi mencari 3 lagi mangsa dan menemukan ketiga-tiga mereka namun disahkan meninggal dunia.

Sebelum itu, penduduk yang berhampiran kawasan tanah runtuh telah dinasihat untuk berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau mana-mana lokasi yang selamat.

Hal ini kerana pihaknya mengambil masa untuk menentukan sama ada kawasan tersebut selamat atau sebaliknya. Malah, pihak majlis daerah turut menyediakan PPS di Dewan MPAJ Taman Mega Jaya.

kkm
2 years ago

KKM Beri Kebenaran Suami Temani Isteri Bersalin Di Hospital Tapi Ada Syaratnya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...