Siapa yang tak marah bila dapat tahu barang yang dibeli dari kedai yang disangka boleh dipercayai menjual barang yang berkualiti ternyata menjual barangan ‘secondhand‘ dan cepat rosak.
Itulah nasib seorang pelanggan yang berkongsikan pengalamannya melalui rakaman video setelah ‘ditipu’ oleh sebuah kedai elektronik yang terkenal di negara ini.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai Sampin Eksklusif Terengganu, akaun berkenaan berkongsikan video rakaman daripada lelaki tersebut yang memarahi pekerja-pekerja di kedai elektronik itu.
Melalui video itu, lelaki berkenaan marah disebabkan telefon bimbit yang dibeli tidak sampai 28 jam telah rosak dan ‘menyerang’ pekerja-pekerja di kedai berikut akibat rasa dirinya ditipu.
Dikatakan, telefon yang disangka baru rupa-rupanya adalah barang ‘secondhand’ membuatkan pelanggan itu tidak berpuas hati dan meluahkan rasa kesal dengan kedai berkenaan.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan lelaki itu dan ada juga yang mendedahkan bahawa kedai tersebut memang pernah disyaki menjual barang ‘secondhand’ dengan harga ‘retail’.