(Video): Kecewanya Masa Pergi Zoo Negara Terlihat Orang Utan Makan Plastik

Kehidupan

(Video): Kecewanya Masa Pergi Zoo Negara Terlihat Orang Utan Makan Plastik

Sebelum ini kita semua telah dikejutkan dengan isu pelawat berkurangan dari tahun ke tahun dan masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak Zoo Negara acap kali dibincangkan.

Sebelum ini, Zoo Negara dilaporkan bergelut dengan masalah kewangan apabila jumlah penaja dan juga pelawatnya semakin berkurangan.

Advertisement

Selepas masalah itu, kini tular pula sebuah video dimana seekor orang utan dipercayai sedang duduk bersendirian di dalam kurungannya sambil memakan plastik.

Ini telah dirakamkan oleh seorang pengunjung Zoo Negara @cmyliajones yang amat marah dengan pengurusan zoo tersebut.

Dalam video yang dirakamkan olehnya, orang utan tersebut dilihat seperti beriya-iya mengunyah plastik tersebut seolah-olah sedang dalam kelaparan.
orang utan makan plastik

Cmylia turut menyuarakan pendapatnya dalam akaun Twitter:

Kami semua sedang membantu pihak Zoo Negara untuk menjadi lebih baik tetapi pihak mereka membiarkan haiwan dalam zoo makan plastik.

Bukan itu sahaja, beliau juga terus membuat aduan kepada pihak zoo dalam akaun Instagramnya tetapi mendapat respon sehari selepas itu.
aduan yang dibuat dalam Instagram

Tetapi, selepas itu beliau masih membuat aduan di atas talian dan secara fizikal terhadap pihak Zoo Negara dan mendapat jawapan yang sama seperti “okay, terima kasih kerana memberi respon“.

Selepas aduan dibuat, pihak Zoo Negara telah memberi respon kepadanya:

“Haiwan di zoo tidak akan diberikan makan plastik. Ini adalah sikap pengunjung yang masih kurang kesedaran sivik.”

Menurut seorang pengguna Twitter iaitu Freyr yang memberi respon kepada Twitter Cmylia:
Pengguna Twitter lain beri respon

“Ia memang benar, terdapat segelintir pengunjung yang akan membuang sampah di dalam kurungan haiwan. Tetapi tidak bermakna masalah ini tidak boleh dikawal?”

 

Adakah ini yang dikatakan sebagai rakyat Malaysia jika kita tidak dapat menyelamatkan haiwan-haiwan dan binatang yang diletakkan di dalam zoo? 

Walaupun kita tidak tahu siapa pelaku sebenar yang membuang sampah, kita semua perlu berharap bahawa plastik perlu dilupuskan dengan betul dan tidak akan berlaku lagi kejadian seperti ini.

 

Jadi isu orang utan memakan plastik ini adalah salah pihak pengurusan atau sikap pengunjung yang masih kurang kesedaran sivik?

Ini kerana masih ramai lagi rakyat Malaysia di luar sana yang suka membuang sampah di merata-rata tempat inikan pula di dalam zoo.

Dengan pelbagai isu yang melanda di Zoo Negara sekarang, adakah mereka masih mahu meneruskan operasi? Sanggupkah kita semua melihat haiwan-haiwan ini terseksa.

Bukankah mereka sepatutnya diletakkan di tempat yang lebih baik jika pihak zoo sudah tidak mampu menjaga mereka?

Apa pendapat anda? kongsikanlah di komen Facebook kami.

Sumber: Twitter

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...