Seorang penghantar makanan telah dikasari oleh dua orang lelaki dipercayai warga Singapura di sebuah stesen pam minyak di Bandar Puteri, Johor Bahru.
Menerusi video yang tular di laman TikTok, dua warga Singapura itu berang selepas ditegur oleh penghantar makanan berkenaan kerana mengisi minyak di dalam tong.
Bukan itu sahaja, salah seorang lelaki turut membuka bonet kereta untuk mengambil pengunci stereng dipercayai untuk memukul penghantar makanan berkenaan.
Kau tengok dia, kurang ajarnya dia!
Susulan itu, dua anggota polis turut dilihat datang membantu untuk meleraikan pergaduhan antara mereka.
Masih tidak berpuas hati, lelaki tersebut turut mengugut penghantar makanan itu untuk memadam video yang sedang dirakamnya.
You better delete ahh!
@beautifulnara Akhirnya ambik minyak dekat “developing country” jugak, kata… #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #johorbahru #singapore
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah tular di media sosial dan mengundang kemarahan orang ramai terutama rakyat Malaysia lebih-lebih lagi selepas kes pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang membuat lawak menghina negara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.