(VIDEO) “Kau Tak Respect!” – Didakwa Tak Hormat ‘Senior’, Pelajar Tingkatan 3 Kena Pukul, Cekik & Sepak Beramai-Ramai

Kehidupan

(VIDEO) “Kau Tak Respect!” – Didakwa Tak Hormat ‘Senior’, Pelajar Tingkatan 3 Kena Pukul, Cekik & Sepak Beramai-Ramai

Semalam, tular video memaparkan sekumpulan pelajar senior memukul seorang pelajar tingkatan 3 secara beramai-ramai sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Difahamkan, video tersebut telah dimuat naik oleh kakak mangsa yang ingin menuntut keadilan terhadap adiknya menerusi laman Instgram.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, punca pergaduhan adalah kerana perselisihan faham antaran mangsa dan sekumpulan pelajar senior tingkatan 5.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak berkata kesemua yang terlibat merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati.

Pada mulanya, mangsa ditumbuk di dada, dicekik dan ditendang di bahagian belakang oleh seorang pelajar lelaki tingkatan 5 di tangga sekolah.

Kemudian, mangsa diugut akan disiku bahagian muka sekiranya tidak berjumpa di Anjung Selera dan diajak oleh beberapa suspek ke Bukit Mar Mar, Kemensah lalu dipukul secara beramai-ramai.

Punca kejadian dipercayai disebabkan selisih faham tidak hormat antara mangsa dan sekumpulan pelajar senior tingkatan 5.

Susulan kejadian, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi, kepala, luka di kening kiri, rahang belakang tengkuk dan mengalami kesakitan serta lebam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

budak
2 years ago

'Tok Wan Berbulu' Tak Wujud, Budak 6 Tahun Rupanya Pandai Bawa Kereta, Siap Tunjuk Cara Masuk 'Gear'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...