(VIDEO) “Kau Nak Apa!” – Lelaki Berang Diintip ‘Sesama Jenis’ Dalam Tandas RnR

Kehidupan

(VIDEO) “Kau Nak Apa!” – Lelaki Berang Diintip ‘Sesama Jenis’ Dalam Tandas RnR

Viral di media sosial Facebook baru-baru ini, satu hantaran video oleh The News Malaysia yang memaparkan tindakan tidak senonoh seorang lelaki telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki terkejut apabila diintai oleh lelaki yang tidak dikenali semasa berada di dalam tandas di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Perai, Pulau Pinang.

Advertisement

Menurutnya, lelaki itu telah mengetuk pintu tandas dan mengganggu pengguna yang memasuki tandas tersebut.

Kau nak apa? kau tu lelaki tau! kau nak kena pijak ke?

Takut melihat perbuatannya dirakam, lelaki itu mula meminta maaf dan cuba untuk melarikan diri dan berkata bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Abang, saya minta maaf. Saya tak buat apa-apa pun.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi dan mengatakan bahawa pada zaman sekarang tidak kira jantina, keselamatan diri masih tidak dapat dijamin.

Jadi lelaki pun dah tak selamat sekarang – netizen.

Patut masa buka pintu tu terus terajang je… dok rakam-rakam buat apa,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

borong ayam lotus
5 bulan lalu

“Semua Dia Sapu” - Wanita Berang Tengok Individu Borong Ayam Sampai Dua Troli, Minta Pengusaha ‘Limit’ Pembelian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...