Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila memuat naik hantaran video di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima binti Ramli dilihat bergelek sakan di majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dipercayai dianjurkan oleh satu parti politik.
Penyanyi lagu Pulang itu menjelaskan bahawa tarian gelek itu sebenarnya merupakan tarian zapin namun dia tersilap langkah dan merasakan isu itu bukanlah satu isu besar.
Tambah pula angle kamera ambil dari tepi dan zoom.. lagipun sebenarnya saya nak tahan kentut, tu jadi macam itu.
Namun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen masih memberi komen negatif dan mengatakan Shima sengaja melakukan kontroversi dan hanya ingin menarik perhatian orang ramai.
“Orang pun tahu beza zapin dengan gelek macam mana. Jarang lah tengok dia mengaku salah.. cuba la kalau benda tu salah terus mohon maaf.. haishhh,” tulis seorang pengguna Instagram.
Shima memang tak pernah salah. – Netizen.
Dalam pada itu, Shima memaklumkan dia memilih untuk tidak memberikan penjelasan lebih lanjut kerana tetap akan dianggap salah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.