Masih tidak habis lagi kontroversi antara Ismail Izzani, Zarina Anjoulie dan juga Fathia Latiff. Setiap hari netizen terus tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya antara mereka bertiga.
Terbaru, Zarina akhirnya mendedahkan isu sebenar beliau bersama Ismail menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya. Menurut Zarina, Ismail telah menggunakan bilik hotel atas namanya untuk memadu asmara dengan teman wanitanya dan turut memesan makanan melalui ‘room service’.
Zarina juga membidas komen netizen mengatakan beliau dan Fathia sengaja ingin mencari perhatian ataupun publisiti murahan. Katanya, beliau mempunyai bukti yang kukuh termasuklah foto Ismail yang sedang mabuk bersama teman wanitanya.
Wow, agak panas juga segala pendedahan Zarina kali ini. Adakah benar Ismail bersikap sebegitu?