(Video) Kanak-Kanak Terpelanting Di Atas Jalan Raya Gara-Gara Dua Kereta Myvi Yang Sedang Asyik Berlumba

Trending

(Video) Kanak-Kanak Terpelanting Di Atas Jalan Raya Gara-Gara Dua Kereta Myvi Yang Sedang Asyik Berlumba

Tak dinafikan kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun kita sendiri sudah memandu dengan cermat. Kadang-kadang disebabkan sikap pemandu lain, orang lain yang menjadi mangsa. Macam yang berlaku pada sebuah keluarga ini apabila anak kecil mereka terpelanting keluar dari kereta kerana pemandu lain.

Kejadian berlaku pada 10 Febuari 2020 (3.20pm) di Pedas, Linggi, Negeri Sembilan apabila dua buah kereta Myvi dipercayai sedang berlumba antara satu sama lain. Salah satu daripadanya telah melanggar kereta keluarga ini hingga menyebabkan anaknya tercampak keluar.

Advertisement

Video berjaya dirakamkan dari dashcam sebuah kereta lain menunjukkan seorang kanak-kanak yang terpelanting keluar dan berada di tengah-tengah jalan. Mujur kenderaan yang lain sempat berhenti dan tidak melanggarnya. Pemandu yang lain bergegas mengangkat kanak-kanak itu dan membawanya ke tepi.

Walaupun ada yang mempersoalkan tahun pada rakaman itu yang merujuk kepada tahun 2018, itu hanyalah kesilapan teknikal kerana pemilik kereta tidak menetapkan tetapan yang betul.

Menurut pengguna Facebook ini, suspek telah berjaya ditahan menerusi perkongsiannya pagi tadi. Kanak-kanak tersebut yang mengalami kecederaan pada bahagian muka kini sedang dirawat di Hospital Tunku Jaafar di Seremban.

Sebelum ini, pemandu Myvi biru menjadi bualan hangat netizen apabila memandu kenderaan dalam keadaan bahaya dan melanggar beberapa kenderaan lain. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: (Video) Pemandu Myvi Biru Memandu Dalam Keadaan Bahaya, Rupanya Larikan Kereta Dari Lelaki OKU

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...