(VIDEO) Kanak-kanak Syria Menangis Ketika Dengar Lagu Assalamualaikum Daripada Faizal Tahir Buat Orang Ramai Rasa Sebak

Hiburan

(VIDEO) Kanak-kanak Syria Menangis Ketika Dengar Lagu Assalamualaikum Daripada Faizal Tahir Buat Orang Ramai Rasa Sebak

Baru-baru ini, Faizal Tahir dan beberapa rakan artis seperti Aizat Amdan, Mizz Nina, Noh Salleh dan Mu’adz Dzulkefly telah berangkat ke Egypt dan Jordan dalam misi untuk membantu pelarian Syria dibawah satu gerakan dikenali sebagai #1MOMENT4THEM.

Advertisement

Ia bukan sekdar misi bantuan tetapi mereka ingin membuka mata dunia dan melihat sendiri derita yang dilalui oleh pelarian Syria serta bagaimana mereka menjalani kehidupaan seharian yang cukup memeritkan.

Terbaru, sejak beberapa hari lepas, video kanak-kanak Syria yang menangis ketika Faizal Tahir menyanyikan lagu Assalamualaikum telah menjadi viral dan mencuri perhatian ramai.

Mereka yang menonton video tersebut merasa cukup sedih dan sebak apabila melihat air mata yang tiba-tiba keluar daripada seorang kanak-kanak lelaki pada penghujung lagu Assalamualaikum. Ibarat anak kecil itu faham apakah maksud lagu berkenaan dan mungkin beliau terkenangkan ahli keluarga yang sudah tiada.

Berikut video kanak-kanak tersebut :-

Ini pula antara komen daripada orang ramai juga beberapa rakan artis :-

Emm, kami pun tidak dapat menahan air mata apabila menonton video tersebut. Nyata usaha Faizal Tahir bersama rakan artis serta team #1MOMENT4THEM adalah cukup mulia dah harus diberi pujian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...