(Video) Kanak-Kanak Perempuan 10 Tahun Nekad Terjun Tingkat 19 Kerana Telefon

Trending

(Video) Kanak-Kanak Perempuan 10 Tahun Nekad Terjun Tingkat 19 Kerana Telefon

Risiko membunuh diri dalam kalangan pelajar sekolah makin membimbangkan apabila remaja seawal usia 13 tahun disahkan mempunyai kecenderungan atau merancang untuk berbuat demikian.

Kejadian ini tular di media sosial dimana seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad mahu terjun dari tingkat 19 rumahnya kerana bertengkar dengan ibunya berkaitan dengan masalah telefon bimbit.

Advertisement

Menurut Berita Harian, mangsa kemudian cuba terjun dari bangunan itu menyebabkan ibunya panik dan terus menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan.

Kejadian ini dikatakan berlaku pada jam 4 petang dimana pasukan bomba mengambil masa 15 minit untuk memujuk beliau.

Dikatakan semasa kejadian, kanak-kanak perempuan ini nekad keluar melalui tingkap rumah dan duduk di luar tingkap tanpa jeriji di belabas bangunan.

duduk luar rumah tanpa jeriji

Pihak bomba membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan ‘air cushion’ di tingkat bawah.

Mangsa berjaya dibawa turun berjumpa dengan komander operasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
mangsa berjaya dibawa turun

Rata-rata netizen yang melihat video ini mengatakan kanak-kanak zaman sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh telefon bimbit yang digunakan hingga sanggup lakukan apa sahaja demi telefon.

komen netizen

Apa yang boleh admin katakan, ibu bapa tolong jangan dedahkan anak-anak anda dengan gajet pada usia yang muda.

 

Sumber: Berita Harian, Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...