(Video) Kanak-Kanak Bersepah Atas Jalan, Permainan Basikal Lajak Masih Berleluasa

Trending

(Video) Kanak-Kanak Bersepah Atas Jalan, Permainan Basikal Lajak Masih Berleluasa

Permainan basikal lajak antara trend terkini yang sedang aktif dalam kalangan kanak-kanak. Tak ada masalah dengan trend basikal lajak ini tetapi ianya menjadi bahaya jika mereka bermain di atas jalan raya.

Walaupun sebelum ini pernah ada kes yang melibatkan kematian berlaku, masih ada yang tegar untuk bermain basikal lajak di atas jalan raya. Video berdurasi dua minit ini cukup jelas menunjukkan aksi bahaya mereka.

Advertisement

“Yang peliknya takkan ibu bapa mereka tak tahu aktiviti bahaya yg dilakukan anak mereka ini?”

Kegiatan kanak-kanak ini telah dirakamkan oleh pemandu teksi jika dilihatkan pada kereta yang dipandunya. Yang membimbangkan, walaupun sudah dimarah oleh pemandu itu mereka masih lagi tegar bermain.

Memang mereka ini tak takut langsung walaupun sudah ditegur oleh orang dewasa. Pada hujung video juga dapat dilihat salah seorang dari mereka jatuh tergolek di tengah jalan sehingga kakinya berdarah.

“Bila mati kena langgar salahkan pemandu”

“Patutnya angkut je budak-budak tu pergi balai.”

“Prihatin sikit dengan curfew anak”

“Takut mak ayah dorg kerja shift malam, tak ada sapa kat rumah nak pantau budak-budak ni”

Memang bahaya dan tak sesuai kalau nak bermain basikal lajak di jalan raya. Mungkin juga boleh cuba sediakan trek yang sesuai untuk mereka bermain untuk elakkan kejadian tak diingini berlaku lagi.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...