(Video) Kanak-Kanak Berani Mati, Berpaut Pada Kereta Bergerak Ala ‘Superman’

Trending

(Video) Kanak-Kanak Berani Mati, Berpaut Pada Kereta Bergerak Ala ‘Superman’

Ya Allah, zaman sekarang ini nyawa yang dipinjam oleh tuhan kepada manusia memang tidak dihargai langsung.

Sebagai ibu bapa anda bertanggungjawab melindungi keselamatan anak bukannya merisikokan mereka dengan bahaya yang tidak diundang.

Seorang lelaki semalam telah berkongsikan di akaun Facebook miliknya video 2 orang kanak-kanak yang telah tular kerana dilihat sedang melakukan aksi yang berbahaya di belakang kereta yang sedang bergerak.

Advertisement

Dalam rakaman video 7 saat ini, kanak-kanak ini dilihat bergayut di belakang kereta ibarat filem lagak ngeri yang ditonton di televisyen. Kelihatan kanak-kanak ini tidak langsung berasa takut.

Dua gambar memperlihatkan dua kanak-kanak duduk di belakang sebuah kereta dengan seorang daripadanya meminum air mineral.

Satu lagi gambar memperlihatkan keberanian dua kanak-kanak itu berpaut ala ‘Superman’ ketika kenderaan itu bergerak.

Rata-rata netizen mempersoalkan aksi itu tidak sepatutnya berlaku kerana seolah-olah mempertaruhkan nyawa.

Langgar isyarat lampu merah

Kenderaan itu juga dilihat melanggar lampu isyarat merah ketika tiba di satu persimpangan jalan.

Polis Diraja Malaysia(PDRM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan mereka sedang mengesan dua kanak-kanak yang melakukan aksi lagak ngeri dengan berpaut pada bumbung kereta ketika kenderaan itu bergerak.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian dipercayai berlaku di Taman Scientax, Seri Alam, Johor.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemandu dan kanak-kanak terbabit.

Kami meminta kerjasama mereka tampil ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Kami turut memohon kerjasama saksi kejadian atau mereka yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Seri Alam di nombor 07-3864222 bagi membantu siasatan.

 

Siapa sebenarnya yang memandu kereta ini? Ibu bapa mereka atau kawan-kawan. Agak-agaknya kanak-kanak ini ingat mereka kebal kot?  

 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...