[VIDEO] Kanak-Kanak 6 Tahun Ini Terbangkan Etihad Airways Airbus A380

Trending

[VIDEO] Kanak-Kanak 6 Tahun Ini Terbangkan Etihad Airways Airbus A380

Masih ingat lagi tak cerita seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang bijak dan berpengetahuan luas mengenai kapal terbang serta sistem enjin kapal terbang? Jika anda masih ingat, nama kanak-kanak comel tersebut ialah Adam Mohammed Amer dan berasal daripada keluarga Mesir-Morrocco.

Advertisement

Video Adam telah viral kira-kira sebulan lepas dan menerima berpuluh juta tontonan dari seluruh pelusuk dunia selepas dia dibenarkan masuk ke kokpit kapal terbang Etihad Airways. Dalam video itu, Adam dilihat berbual-bual mengenai sistem kapal terbang bersama juruterbang Kapten Samer Yakhlef, yang sangat mengagumi kebijaksanaan Adam dan telah merekod video perbualan mereka. Adam mengetahui segala selok belok mengenai kapal terbang dan fungsi setiap butang yang ada di kokpit hadapannya. Sedangkan juruterbang sendiri ada kala susah untuk menghafalnya. Adam tahu bagaimana fungsi enjin, sayap kapal terbang, kipasnya dan pelbagai lagi komponen kapal terbang.

Menurut bapanya, Mohammed Amir – Adam meminati bidang penerbangan sejak berusia satu tahun lagi. Walaupun latar belakang keluarganya tidak ada yang berkaitan dengan bidang penerbangan tetapi Mohammed Amir merasakan minat anaknya terbentuk sejak kali pertama mereka membawa Adam menaiki kapal terbang semasa masih bayi dan selepas daripada itu, setiap kali ke kedai permainan Adam lebih tertumpu untuk memiliki model-model kapal terbang berbanding permainan lain. Bapanya juga sering kali membelikan Adam buku-buku mengenai kapal terbang dan membawa Adam melihat pameran-pameran kapal terbang yang ada di sekitar UAE.

Sebagai sokongan terhadap minat Adam yang mendalam mengenai kapal terbang dan dunia penerbangan, Etihad Airways merealisasikan impian Adam untuk ‘mengemudi’ kapal terbangnya sendiri. Etihad Airways menjemput Adam datang ke akademi dan memberi peluang kepada Adam menerbangkan simulator Etihad Airways Airbus A380.Comel sangat Adam bila teruja melihat kokpit simulator kapal terbang Airbus yang besar tu. Sampaikan dia berdiri-diri untuk merasai pengalaman berharga tersebut.

Jom tengok video ini :

Menerusi video itu, Adam dilihat sangat teruja dengan pengalamannya menerbangkan pesawat tersebut. Buat Etihad Airways pula, mereka melihat Adam sebagai seorang kanak-kanak pintar dan penuh dengan semangat kerana Adam tahu apa yang dia suka dan dia mahukan. Etihad Aiways memberikan pengalaman selama 4 jam kepada Adam bermula dengan Ujian Kegagalan Enjin, Ujian Go Around dan Ujian Sistem “Traffic Alert Avoidance”. Di akhir video, Adam mengakhiri sesi latihannya dengan ungkapan yang biasa di ungkapkan oleh semua juruterbang iaitu :

“Ladies and Gentleman, welcome to Abu Dhabi and thank you for choosing Etihad!” 

Ungkapan itu membuatkan Adam tersenyum puas kerana telah menyempurnakan ‘tugasannya’ sebagai juruterbang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan penumpang dan anak kapal sepanjang penerbangan. Selepas tamat latihan tersebut, Adam memberitahu bahawa hari itu merupakan “The Best Day Ever” dalam hidupnya. Dia gembira dan ingin melakukannya semula.

Kapten Samer, beberapa juruterbang lain dan wakil dari Etihad juga melihat keceriaan Adam dengan perasaan bangga dan terpukau kerana kanak-kanak seusia Adam boleh menguasai ilmu penerbangan dengan sangat baik dan cemerlang.

Mereka turut mendoakan impian dan cita-cita Adam untuk menjadi juruterbang suatu hari nanti menjadi kenyataan.

“Captain Adam, may your dreams fly high!”

Pasti ibu bapa Adam gembira dan seronok juga kan melihat minat Adam yang mendalam sebegitu terhadap dunia penerbangan. Itulah pentingnya didikan ibu bapa dan peranan untuk menyokong anak-anak bermula di usia muda. Anak-anak kan umpama kain putih, elok coraknya maka cantiklah hasilnya juga.

Mudah-mudahan ramai anak-anak Malaysia yang mempunyai cita-cita setinggi Adam. Membawa nama baik Malaysia, nama baik keluarga dan nama baik agama di persada dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...