Kegigihan Kamal Adli membuat kejutan istimewa bersempena dengan hari jadi Emma Maembong baru-baru ini mencuri perhatian netizen. Jelas terserlah betapa Kamal masih lagi menyayangi dan mencintai aktres tersebut.
Demi Emma, Kamal menghias pokok-pokok di Bukit Besi, Cheras dengan lampu-lampu serta hiasan yang indah semata-mata untuk “candle light dinner” bersama.
Emma menerusi akaun Instagramnya juga berkongsi perasaan terharu dan mengakui tindakan Kamal itu sangat “sweet”. Emma tidak pernah menerima kejutan sebegitu dari orang lain.