(Video) : Kalkulator iPhone Boleh Backspace, Pengguna Iphone “Bengang” Sebab Tak Tahu Dari Awal

Trending

(Video) : Kalkulator iPhone Boleh Backspace, Pengguna Iphone “Bengang” Sebab Tak Tahu Dari Awal

Jazz Johnson, seorang pelajar 19 tahun di Universiti Baylor dan di sebelahnya pula adalah antara muka yang ada pada kalkulator iPhone bila anda menggunakannya.

Advertisement

Setiap kali keluaran iPhone, pastinya banyak ciri baru yang diperkenalkan malah ada ciri-ciri lama yang di naik taraf mengikut trend semasa.

Namun tidak bagi aplikasi kalkulatornya, yang tetap menggunakan asas sama sejak pengeluaran iPhone yang pertama.

Malah lebih menjengkelkan bagi pengguna iPhone, bila tersilap tekan nombor ketika menggunakan kalkulator, terpaksa kira daripada awal semula.

Namun, remaja ini membuka minda ramai pengguna internet dengan berkongsi cara sebenar untuk ‘backspace’ digit yang tersilap melalui laman sosial Reddit.

Dia juga dapat pengetahuan ini dengan tidak sengaja.

Asalnya dia sangat geram kerana berkali-kali tersilap tekan nombor sehingga dia melemparkan telefonnya itu.

Rata-rata yang meninggalkan komen bahawa apa yang remaja ini kongsi banyak memudahkan hidup mereka. Kemain lagi.

Jadi, Johnson memuat naik satu video singkat untuk dikongsikan pada rakan dan pengikutnya di Twitter bagaimana untuk ‘backspace’ ketika menggunakan kalkulator iPhone.

Bukan sahaja yang ramai orang belajar sesuatu yang baru, tapi hampir seluruh pengguna iPhone naik gila. Rupanya ada caranya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...