Video Kahwin Bergegar Seperti Dirakam Budak Darjah 6, Pengantin Mengamuk Ditipu Jurugambar

Trending

Video Kahwin Bergegar Seperti Dirakam Budak Darjah 6, Pengantin Mengamuk Ditipu Jurugambar

Setiap pasangan pengantin pastinya mahukan momen hari perkahwinan mereka diabadikan di dalam gambar dan video untuk disimpan sebagai kenangan. Namun malang buat pasangan ini apabila video kenangan yang dinanti-nantikan tidak seperti yang mereka harapkan.

Lebih menghampakan apabila mereka terpaksa menunggu berbulan-bulan lamanya untuk menerima video perkahwinan untuk majlis yang telah berlangsung pada Disember tahun lepas. Selepas didesak dan membuat laporan polis, baru lah mereka menerima video ‘asal siap’ daripada jurugambar mereka.

Advertisement

Video tak siap-siap

whatsapp
Nur Amirah memberitahu dia terpaksa menunggu lebih enam bulan hanya untuk menerima video yang seperti dirakamkan menggunakan telefon sahaja. Untuk makluman, pakej yang diambil dari jurugambar ini bernilai RM2200 dan bukanlah hanya pakej dengan harga yang murah.

13th February 2020- Kita tanya lah Abang tu progress video bila boleh siap. Hampir siap, dah siap dia Roger KATANYA.

9th March 2020- Sis follow up lagi sebab abang tu diam je kan. Then dia kata dah siap, mintak address untuk post. So bagilah sebab excited uolls nak tengok video kahwin, play kat TV tengok ramai-ramai post ala-ala manja kat FB.  Siap pesan dah post tu bagi tracking number ye!

Masih tak terima video

whatsapp

Pelbagai alasan yang diberikan apabila pihak jurugambar itu berterusan memberi alasan tidak munasabah kepadanya apabila ditanya mengenai status penghantaran. Antara alasan paling tidak masuk akal diterimanya ketika meminta bukti penghantaran, mereka memberitahu slip ‘tracking number’ hilang.

5th June 2020 – Sis bagitau dia Ahad 7 Jun 2020 adalah tarikh last untuk dia post video sis. Kalau tak sis buat report! Eh dan dan admin dia reply, “TRACKING NUMBER SAYA DAH HILANG, mintak J&T semak record J&T, Tak reply”.

Then sis perasan dia padam comment sis kat FB business dia. Akak dengan Adik ipar pergi cari personal FB dia (Videographer/ Founder of AR Studio Photography) and akak comment mintak video kahwin dekat gambar raya dia oiii. Lepas tu, dia block kami berdua. Maka start lah sis comment bebanyak kat business FB dia, dia hide comment sis pulak.

Video bergegar teruk

Apa yang lebih menyedihkan, dia terpaksa mencari sendiri video tersebut di pautan YouTube memandangkan tiada sebarang penghantaran yang diterima setakat ini. Hasil suntingan video tersebut cukup menghampakan dan tidak seperti contoh video yang pernah dilakukan oleh pihak juruvideo tersebut.

Dia punya rasa nak nangis tu, memang tak boleh ceritalah! Video macam aku hire budak darjah 6 woi! Gegaran berskala richter 9.3! Lagu sama ulang-ulang! Video panjang sangat, dia cantum sikit lagu tu untuk habiskan video! Warna? Macam shooting film horror. Transition? Macam effect tampal sekadar ada.

Selepas sekian lama bersabar, Nur Amirah membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, kelmarin. Katanya, tindakan itu adalah jalan terakhir yang terpaksa diambil selepas puas bertolak ansur dengan juruvideo berkenaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...