Di sebalik kes jenayah melibatkan usahawan penuh kontroversi, Nur Sajat sering menghiburkan peminat dan pengikutnya di aplikasi TikTok dan juga Instagram dengan celotehnya mengenai isu-isu semasa.
Gaya penyampaiannya yang bersahaja ternyata telah mencuri perhatian netizen di luar sana yang terhibur dengan pesanan penuh pengisiannya itu.
Terbaru, Sajat ada membincangkan topik mengenai lelaki di luar sana yang memilih untuk berkahwin lebih daripada satu.
Kata Sajat, kebanyakan lelaki zaman kini berkahwin ramai bukan untuk memenuhi keperluan agama sebaliknya lebih kepada tuntutan nafsu.
Jelasnya, lebih baik harta yang banyak serta kasih sayang itu dicurahkan kepada seorang isteri, bukannya dikongsi beramai-ramai apatah lagi kepada mereka yang kurang berkemampuan.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen,rata-rata peminat tampil menyokong kenyataan Sajat dan ada juga yang bergurau mengatakan Sajat semakin bijak bercakap setelah berhijrah ke luar negara.
Sajat sejak pindah Australia, berbeza betul cara pemikiran. Suasana sana agaknya ya.
Dalam pada itu ada juga yang berseloroh agar giliran Datuk Aliff Syukri pula berhijrah ke sana agar tidak lagi melakukan perkara-perkara tidak masuk akal dan tidak berfaedah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.