(Video) Jual Nasi Lemak RM 1.50, Peniaga Ini Keluar Berniaga Seawal 4.30 Pagi

Kehidupan

(Video) Jual Nasi Lemak RM 1.50, Peniaga Ini Keluar Berniaga Seawal 4.30 Pagi

Ramai individu yang terkesan untuk mencari sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 ini. Kebanyakannya mereka akan membuka perniagaan untuk mencari sumber pendapatan sekaligus untuk kelangsungan hidup.

Tular sebuah video di TikTok menerusi akaun @arifflubis  yang memaparkan seorang lelaki sudah berusia membuka perniagaan seawal jam 4.30 pagi.

Advertisement

Dia menjual pelbagai jenis kuih dan nasi lemak yang berharga RM 1.50 di kawasan Ayer Molek, Melaka. Tanpa berfikir panjang, pemuda yang singgah di gerai berkenaan order RM 30 bersamaan dengan 20 bungkus dan memberitahu peniaga itu supaya diberikan kepada sesiapa sahaja yang dilihatnya.

Pada awalnya, dia juga menambah dua bungkus nasi lemak untuk dirinya tetapi dibalas baik dengan peniaga tersebut dengan memberinya secara percuma.

Advertisement

Video yang meraih lebih 100,000 tontonan itu cukup memberi inspirasi kepada warganet. Peniaga ini akan membuka perniagaannya seawal jam 4.30 setiap hari dan kebiasaannya makanan yang dijualnya akan cepat habis.

Semoga mereka yang tengah mencari sumber pendapatan sentiasa dibukakan pintu rezeki dan dimudahkan segala urusan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...