Ramai individu yang terkesan untuk mencari sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 ini. Kebanyakannya mereka akan membuka perniagaan untuk mencari sumber pendapatan sekaligus untuk kelangsungan hidup.
Tular sebuah video di TikTok menerusi akaun @arifflubis yang memaparkan seorang lelaki sudah berusia membuka perniagaan seawal jam 4.30 pagi.
Dia menjual pelbagai jenis kuih dan nasi lemak yang berharga RM 1.50 di kawasan Ayer Molek, Melaka. Tanpa berfikir panjang, pemuda yang singgah di gerai berkenaan order RM 30 bersamaan dengan 20 bungkus dan memberitahu peniaga itu supaya diberikan kepada sesiapa sahaja yang dilihatnya.
Pada awalnya, dia juga menambah dua bungkus nasi lemak untuk dirinya tetapi dibalas baik dengan peniaga tersebut dengan memberinya secara percuma.
Video yang meraih lebih 100,000 tontonan itu cukup memberi inspirasi kepada warganet. Peniaga ini akan membuka perniagaannya seawal jam 4.30 setiap hari dan kebiasaannya makanan yang dijualnya akan cepat habis.
Semoga mereka yang tengah mencari sumber pendapatan sentiasa dibukakan pintu rezeki dan dimudahkan segala urusan.