Pelawak dan bekas penyampai radio, Jep Sepahtu tampil memberikan penjelasan mengenai hubungannya dengan rakan seperjuangan iaitu Shuib dan Mamat yang sebelum ini menjadi perhatian ramai.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan kedua-dua sahabatnya itu.
“Saya tak ada masalah apa pun, cuma untuk saya..saya tak bergaduh. Saya tak ada bermasam muka.”
“Cuma tak ada urusan kerja, jadi bila tak berurusan, tidaklah bermakna kami (hubungan) tidak baik.”
“Saya pun tak pernah cakap benda-benda yang menyakitkan hati.”
Menurut Jep, jika berpeluang bertemu dengan Shuib dan Mamat, dia bersedia untuk bertegur sapa dan meluangkan masa bersama seperti biasa.
“Saya tak bergaduh dengan sesiapa..tak bergaduh dengan Shuib ataupun Mamat.”
“Kalau saya jumpa mereka boleh sahaja nak bertegur, duduk dan minum sekali. Tak ada masalah.”
“Buat apa nak bergaduh? Tak pernah terlintas dan tak ada faedah nak bergaduh. Saya lebih suka kepada kedamaian dan ketenangan.”
Jep turut menjelaskan bahawa kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini bukan bertujuan mencetuskan konflik, sebaliknya hanya untuk memperbetulkan perkara yang dirasakan tidak tepat.
Walau bagaimanapun, Jep tetap memohon maaf sekiranya ada kesilapan daripada pihaknya.
“Tapi jika saya ada buat salah, saya minta maaf. Tak malu dan tak hina pun kalau kita dahulu yang meminta maaf.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

