(VIDEO) Jennie BLACKPINK Didakwa Biadap & Bersikap Kasar Dengan Staf Konsert?

Hiburan

(VIDEO) Jennie BLACKPINK Didakwa Biadap & Bersikap Kasar Dengan Staf Konsert?

Untuk makluman ramai, setelah setahun tidak ‘bersatu’, kumpulan BLACKPINK pada hujung minggu lalu akhirnya kembali bersama di atas satu pentas susulan melakukan konsert pembukaan jelajah dunia mereka yang diberi nama ‘DEADLINE’.

Difahamkan, sewaktu konsert itu dilakukan, BLACKPINK turut memperkenalkan lagu single baru mereka yang berjudul Jump, di mana ia meraih perhatian ramai.

Advertisement

Sikap Jennie BLACKPINK di konsert raih perhatian

Bukan itu saja, malah momen sikap rapper BLACKPINK iaitu Jennie yang mengalami masalah sewaktu menyanyikan lagu Forever Young turut menjadi tumpuan orang ramai.

jennie marah staf konsert

Dapat dilihat dalam video yang tular di platform media sosial itu, Jennie menunjukkan ke arah kakinya dan menerangkan cara mengikut kasut kepada staf konsert.

Jennie didakwa kasar & biadap dengan staf konsert?

Bagaimanapun, tindakan tergesa-gesanya untuk kembali ke pentas untuk meneruskan persembahan membuatkan ramai memberi reaksi negatif, di mana warganet merasakan sikap Jennie sebagai kasar serta biadap.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang menyifatkan ekspresi dan bahasa tubuhnya seakan-akan meremehkan staf konsert tersebut.

Namun begitu, peminat tampil mempertahankan Jennie dengan memaparkan angle video klip yang lain memaparkan Jennie tersenyum semasa berinteraksi dengan staf konsert dan gerak-gerinya lebih tertumpu kepada untuk menyelesaikan masalah dengan cepat, bukannya memarahi staf-staf konsert.

2 years ago

Tak Adil! Samakan Vokal BLACKPINK Dengan Nabila Razali, Akaun Twitter Individu Ini 'Lesap' Diserang Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...