(Video) Jemaah Uighur Tinggalkan Kota Suci Mekah Dalam Tangisan Sebelum Pulang Ke Negara Asal

Kehidupan

(Video) Jemaah Uighur Tinggalkan Kota Suci Mekah Dalam Tangisan Sebelum Pulang Ke Negara Asal

Penindasan kepada masyarakat Islam etnik Uighur masih lagi berleluasa di China. Masyarakat Islam di sana dihalang daripada mengamalkan ajaran Islam sehinggakan ada yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam kem pemulihan sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.

Baca: Boikotlah Barangan Buatan China, Umat Islam Uighur Dilarang Berpuasa!

Advertisement

Baru-baru ini pula, tular video jemaah etnik Uighur meninggalkan kota suci Mekah selepas selesai menunaikan umrah. Mereka dilihat melambai-lambai pada Kaabah mengucapkan selamat tinggal sambil menangis.

Berat hati mahu pulang

Saat kelmarin muslim Uighur harus pulang ke negeri mereka. Terasa berat meninggalkan Ka’bah menangis sejadi-jadinya. Seolah-olah tak mahu berpisah. Kerana di sinilah tempat mengadu kepada Allah di saat suara mereka tak lagi didengar. Kebebasan beragama di negeri mereka sudah musnah.

Bukan mudah untuk mereka keluar daripada negara apatah lagi dengan tujuan untuk menunaikan umrah atau haji di Mekah. Lagi-lagi dengan keadaan sekarang di mana masih ada lagi etnik Uighur di dalam tahanan kem.

Baru-baru ini juga, stesen televisyen China menarik balik siaran perlawanan Arsenal hanya kerana sokongan Mesut Ozil kepada etnik Uighur. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Stesen Televisyen China Batalkan Siaran Perlawanan Arsenal Gara-Gara Mesut Ozil Bela Nasib Muslim Uighur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...