Aktor sensasi Indonesia, Jefri Nichol, mencuri perhatian ramai selepas tindakannya yang disebut-sebut sebagai wujudkan sikap setia kepada kekasihnya, model Malaysia, Ameera Khan.
Menurut satu video yang tular di TikTok, Jefri dilihat memulakan langkah ‘unfollow’ semua wanita di Instagram, kecuali rakan sekerja senior, tindakan yang menurutnya sebagai penghormatan terhadap perasaan Ameera yang mengetahui tentang perubahan tersebut.
Sambil tersenyum di hadapan kamera, Jefri berkata ia bukan sekadar simbolik tetapi benar-benar menunjukan komitmennya dalam hubungan jarak jauh:
Dia (Ameera) tahu, saya unfollow semua kecuali kerja. Itu cara saya hormat perasaan dia.
Walaupun nampak kecil, namun tindakan ini mencuit hati peminat, yang menyifatkan ia sebagai tindakan penuh niat dan keikhlasan menandakan betapa seriusnya Jefri dalam menjaga hubungan dengan Ameera.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.