July 9th, 2018

Beberapa hari lalu, viral video menunjukkan pelakon Janna Nick seakan terkangkang dalam masjid sambil bermain telefon bimbit ketika menjalani penggambaran babak majlis pernikahan. Aksi kurang sopan Janna itu mendapat kritikan pedas dari netizen.

Tidak mahu orang ramai terus salah faham, Janna tampil memohon maaf dan menjelaskan beliau sedang berehat sebelum menunggu penggambaran bermula dan tidak sedar ada pihak yang merakam situasi itu.

Tak adalah sampai terkangkang, masa tu tengah shooting dan babak untuk saya belum bermula lagi. Mungkin ada segelintir yang anggap tak sopan, saya minta maaf. Tapi sebenarnya apabila menjalani penggambaran, prosesnya mengambil masa agak lama. Dan bila saya perlu bersimpuh dalam keadaan berbaju pengantin, ia agak lenguh.

Jadi saya ambil masa untuk releks sikit merenggangkan badan dan saya rasa ia adalah lebih kepada saya selesakan diri sebelum betul-betul memulakan babak penggambaran.

Kami rasa ramai sahaja yang bila duduk lama pasti akan cuba pelbagai posisi untuk kaki tidak lenguh kan? Mungkin itu juga yang dirasai oleh Janna, kadang-kadang memang tidak perasan bagaimana cara kita duduk lebih-lebih lagi kalau sedang asyik dan leka bermain telefon. Harapnya dengan penjelasan Janna ini tiada lagi pihak yang ingin mengkritik beliau.

Sumber Berita & Video : mStar Online


24 responses to “(VIDEO) Janna Nick Mohon Maaf Duduk Terkangkang Dalam Masjid”

  1. Anonymous says:

    pengkid tak jadi! huahahaha!

  2. Benci netizen babi says:

    Diam la lu babi, Janna bukan nya kangkang pun mungkin dia lenguh sapa yg ambil video nak wat gossip murah tu mesti spesis babi suka kondem cam korang ni! yang slalu kangkang dan kurang ajar tu si pendek huduh Nad zainal kimak tu,

Loading...