Walaupun baru sahaja beberapa tahun bergelar anak seni, Janna Nick kini sudah semakin popular dan setanding dengan pelakon hebat lain. Janna bukan sahaja sudah memenangi beberapa anugerah malah beliau juga sudah mempunyai aset sendiri pada usia yang agak muda.
Baru-baru ini, Janna menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik video sekitar majlis sambutan hari jadi ibunya yang ke 44. Ingin menghargai segala pengorbanan ibunya, Janna menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes buat ratu hatinya itu.
Ramai juga netizen yang memuji pemberian Janna tetapi apa yang menarik perhatian mereka adalah kecantikkan ibunya yang kelihatan muda. Dah macam adik dengan kakak sahaja.
Patutlah Janna begitu cantik dan manis, rupa-rupanya mirip dengan ibu beliau. Tentu sekali ibunya merasa gembira dengan hadiah istimewa daripada Janna, bukan nilainya yang menjadi keutamaan tetapi ingatan kasih seorang anak kepada ibunya yang sudah banyak berkorban selama ini. Semoga Janna dilimpahi dengan rezeki yang lebih lagi selepas ini.

melati
January 16, 2018 at 9:27 am
Wow ..Mercedes Cantik nya Mercedes..?
Anonymous
January 16, 2018 at 7:58 am
cantiknya mak dia ni…muda lagi
Tk
January 16, 2018 at 7:56 am
Suka tengk JN. fresh face beauty. Tak bnyk mekap. Lagi cantik kalau JN not too boyish. Bila ketawa tu tutup tekak tu sikit.
Gorges
January 16, 2018 at 7:46 am
JN ni cantik. Cuma ketawa dia kena feminin sikit.
lil
January 15, 2018 at 9:44 pm
OMG …lawo & muda lagi mak janna Nick .. thumbs up !!