January 15th, 2018

Walaupun baru sahaja beberapa tahun bergelar anak seni, Janna Nick kini sudah semakin popular dan setanding dengan pelakon hebat lain. Janna bukan sahaja sudah memenangi beberapa anugerah malah beliau juga sudah mempunyai aset sendiri pada usia yang agak muda.

Baru-baru ini, Janna menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik video sekitar majlis sambutan hari jadi ibunya yang ke 44. Ingin menghargai segala pengorbanan ibunya, Janna menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes buat ratu hatinya itu.

Ramai juga netizen yang memuji pemberian Janna tetapi apa yang menarik perhatian mereka adalah kecantikkan ibunya yang kelihatan muda. Dah macam adik dengan kakak sahaja.

Patutlah Janna begitu cantik dan manis, rupa-rupanya mirip dengan ibu beliau. Tentu sekali ibunya merasa gembira dengan hadiah istimewa daripada Janna, bukan nilainya yang menjadi keutamaan tetapi ingatan kasih seorang anak kepada ibunya yang sudah banyak berkorban selama ini. Semoga Janna dilimpahi dengan rezeki yang lebih lagi selepas ini.


33 responses to “(VIDEO) Janna Nick Hadiahkan Ibunya Kereta Mewah”

  1. Miss onion says:

    Ok la . Hope mak janna jgn dibutakan duit cm mkbpk abg kosmetik yg bajet fuhhh perempuan tu pdhal jantan? . Nasihat si janna kmbli ke pngkal jalan , byk laki kt dunia ni smpi ble nk apam jgk .

  2. aku lah ni says:

    Mak dia lahirkan Janna umur 21 tahun. Sebab tu nampak muda. Mak aku pon umur 23 dah 2 anak. Serius terkejut tgk mak dia mcm pangkat kakak jer.

  3. Tk says:

    Aku kerja jauh. Bila sesekali balik aku manjakan mereka. Aku jadi maid cuci rmh dan jadi chef masak apa mereka ada selera nk makan. Now Mak ayah dah tak da Rasa sebak sgt bila Balik kampung rumah sunyi sepi. Never take things for granted. You will miss them when they are no longer around. Kalau mampu boleh la bagi lavish gifts. Tetapi paling berharga ialah QUALITY TIME with them!

  4. peace yo says:

    jambu btl mak jannah, bila lah aku nak dpt hadiah mahal2 dari anak2, tapi bersyukur lah kerana walaupun anak2 x dapat beri hadiah2 mewah tapi bajikan aku dan ayah mrk, mrk bantu tiap2 bulan, bayarkan duit air lampu, belikan barang2 pasar, bayarkan duit ubat2an, dan kasi duit belanja mmg bersyukur sgt2, alhamduillah

    • bEYONCE says:

      tu semua tanggungjawab kau.. bil air api.. duit ubat2 semua. kenapa anak2 yg kena bayar. menyusahkan anak.. camne diorang nak bagi ko hadiah best2 kalau bil api air pun diorang kena tanggung.. loan ptptn lagi nak kena tanggung.

      janna ni xpayah tanggung parent.. dapatlah dia simpan duit utk diri sendiri & kasi hadiah sekali sekala kat mak bapak.

Loading...