(VIDEO) “Jangan Ulang Sikap Sama..” – Sering Jadi Mangsa Panas Baran Suami, Wanita Lega Diceraikan

Kehidupan

(VIDEO) “Jangan Ulang Sikap Sama..” – Sering Jadi Mangsa Panas Baran Suami, Wanita Lega Diceraikan

Baru-baru ini tular di laman TikTok video daripada seorang pengguna dikenali sebagai Shuhada yang berkongsi beberapa keping gambar memaparkan kisah kehidupannya.

Menerusi video tersebut, Shuhada difahamkan terpaksa memilih untuk bercerai dengan bekas suami gara-gara sikap panas baran bekas suaminya.

Advertisement

Malah, bekas suaminya itu turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah sehingga menyebabkan emosinya sukar untuk dikawal dan bertindak memukul dirinya selain mempunyai ‘skandal’ dengan wanita lain.

shuhada

Biarlah saya sorang yang rasa sakit sebelum ni, jangan ulang sikap lama awak dengan orang baru ye..

Bagaimanapun, Shuhada berasa lega selepas diceraikan, namun dia tetap mendoakan kebahagiaan bekas suaminya dan berharap agar tidak mengulangi sikap panas barannya lagi apabila bersama dengan pasangan.

Walaupun kita dah tidak ada apa-apa hubungan, saya doakan awak bahagia walaupun bukan dengan saya.

@ohh_shuhadot

Kenapa saya CERAI? ? persoalan korang terjawab disini ?? #kuatkanhati #wanitakuat #moveon #fyp

? bunyi asal – Luqman Hakim – Luqman Hakim

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang berasa simpati terhadap nasib wanita itu dan ada juga yang meluahkan rasa takut untuk mendirikan rumah tangga.

Sebab tu lah orang kata kalau kita ni bercinta, kita kenal A-M. Bila dah kahwin kita kenal sungguh pasangan A-Z. – netizen.

Terbaik sis.. cepat bertindak jangan tunggu dah patah riuk, koma terbaring. Menyesal pun tak guna, sayang macam mana pun, sayangi diri sendiri tu yang penting..,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tampar
3 years ago

(VIDEO) Berang Lagu Diminta Tak Dimainkan, Lelaki Tampar Pekerja Restoran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...