Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Rydhwan Saputra yang memaparkan 2 orang pekerja yang sedang tidur namun dilayan kejam oleh majikan telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, dilihat 2 orang pekerja yang tertidur akibat keletihan telah dikejut oleh majikan mereka dengan disimbah sebaldi air.
Apa yang lebih menyedihkan apabila kedua mereka dilihat terkejut dan terpinga-pinga selepas bangun dari tidur.
Mereka kerja demi keluarga.. apa salah mereka.
Sehingga kini, video perkongsian itu telah meraih 4.4M tontonan, 219.1K tanda suka, dan 12.1K komen di aplikasi TikTok.
@rhydwansaputra ??#fyp??viral #fyp #buruhbangunan #sad #srorysad #yaAllah #lelakikuat #gypsyrose #tpy
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sedih melihat cara layanan yang diberi oleh majikan tersebut yang disifatkan terlalu kejam.
Tanpa orang kecil siapalah kamu wahai orang besar – Netizen.
“Jangan terlalu zalim dengan sesiapa walaupun kuli.. ingat nanti Allah SWT tarik segala kelebihan atas doa doa mereka yang terzalimi,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.