Untuk sesiapa yang pernah menonton filem seram ‘The Nun’, pastinya kenal siapakah watak ‘Valak’ ini. Dengan kostum dan mekap yang menakutkan, Valak berjaya mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Sampaikan ada yang memilih untuk melakukan ‘prank’ menggunakan Valak.
Nasib malang betul buat pemuda ini kerana dia sendiri pernah terserempak dengan Valak secara depan-depan! Tapi nasib baik juga kerana Valak yang ini tidak mengejarnya seperti di dalam filem.
“Kalau ada sesiapa ternampak perempuan ni waktu malam, jangan takut. Cuma buat bodoh dan terus lari.”
Mungkin ini salah satu cara pemilik kereta nak selamatkan kereta dari pencuri. Memang takkan ada siapa lah yang berani dekat kalau nampak Valak dalam kereta!

