(VIDEO) “Jangan Perkecil Orang Sesuka Hati” – Siti Nurhaliza Kurang Yakin Cakap ‘English’, Akui Kekurangan Diri

Hiburan

(VIDEO) “Jangan Perkecil Orang Sesuka Hati” – Siti Nurhaliza Kurang Yakin Cakap ‘English’, Akui Kekurangan Diri

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui dirinya kurang berkeyakinan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dan merupakan kelemahan buat dirinya.

Namun begitu, Siti atau lebih mesra disapa sebagai TokTi tidak menganggap kelemahan itu sebagai sebab untuk seseorang untuk patah semangat dan tidak berjaya dalam kehidupan.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan TokTi dalam sebuah akaun TikTok peminat penyanyi itu baru-baru ini.

Saya mungkin kurang yakin (bertutur dalam Bahasa Inggeris). Itu sahaja kekurangan saya. Tapi sebenarnya saya mampu untuk bercakap bila berada di luar negara atau bukan dalam kalangan orang yang suka menghakimi.

Tambahnya TokTi lagi, dia perlu kerap berlatih selain keberanian untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lancar.

Penyanyi lagu Percayalah itu juga mengakui kehidupannya yang tidak lahir dalam keluarga yang hanya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan di rumah juga menyumbang kepada salah satu sebab dia tidak berapa fasih berbahasa Inggeris.

@sitizones.official

#world #foryoupage #malaysia #fyp #no1 #sitizone #ctdk #sitinurhalizagallery #datositinurhaliza #sitizoner #sitinurhaliza #tokti #bakatsiti #muziumsiti #vokalsiti #biduanita #biduanitasitinurhaliza #english #speaking

? bunyi asal – SitiZone – SitiZone

TokTi juga sempat menasihati agar mereka di luar sana untuk tidak memperkecilkan orang lain yang tidak mahir bertutur dalam bahasa itu.

Janganlah terlalu berbangga kalau dapat berbahasa Inggeris dan memperkecilkan orang lain yang tidak mahir bertutur bahasa Inggeris.

Jangan kecam orang sesuka hati sebab belum tentu orang yang mengecam itu sempurna dan bijak pandai.

Menjengah ke ruangan komen hantaran video itu, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat Siti dan turut berkongsi pendapat masing-masing mengenai isu itu.

“Sokong sangat dengan apa yang Datuk Siti cakap. Kita kena bangga dengan bahasa ibunda kita (Bahasa Melayu).” kata seorang netizen.

tunang artis wanita
2 years ago

'Taste' Dato'-Dato', Artis Wanita Bertubuh Genit Bertunang Buat Kali Kedua?

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...