Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki tua yang jatuh motosikal ketika mengambil anaknya di sekolah.
Namun, apa yang menjadi bualan netizen apabila lelaki itu tidak langsung mendapat bantuan daripada anaknya sendiri ketika insiden itu berlaku.
Dalam video tersebut, anaknya hanya memandang sekeliling dan tidak menolong lelaki tua itu yang terjelepok jatuh di atas jalan raya.
Berikutan itu, video yang dimuat naik menjadi tular dan remaja itu telah menerima komen berbaur kecaman daripada warga maya.
Rupa-rupanya, ada sebab mengapa remaja tersebut hanya melihat sahaja bapanya jatuh setelah perkara itu diterangkan oleh pihak sekolah pelajar itu sendiri di laman Facebook, semalam.
Kata pihak sekolah yang berlokasi di Terengganu itu, remaja perempuan itu sebenarnya di bawah kategori lembam di mana dia bertindak balas bila disuruh serta tidak boleh membaca.
Kasihan pelajar ini, semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya. Berdosa orang menyebar tanpa mengetahui kebenaran.
Pihak sekolah itu turut menggesa agar pemilik video asal itu untuk memadam hantaran tersebut kerana ia telah menimbulkan salah faham dan boleh mengguris hati pelajar yang tidak bersalah itu.
Berhati-hati dalam mengejar ‘like’. Tak semua yang kita lihat itu seperti sangkaan kita. Tidak perlu komen negatif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.