(VIDEO) “Jangan Main Gila” – Lelaki Kacau Isteri Tengah Malam, Caprice Beri Amaran

Hiburan

(VIDEO) “Jangan Main Gila” – Lelaki Kacau Isteri Tengah Malam, Caprice Beri Amaran

Penyanyi rap, Caprice atau lebih dikenali sebagai Ariz Ramli telah memuat naik hantaran video di laman Instagram miliknya dan memberi amaran kepada seorang lelaki yang didakwa mengganggu isterinya, Farra Inalis.

Menerusi video tersebut, Caprice telah memberi masa 24 jam kepada individu yang dipercayai mengganggu isterinya pada waktu tengah malam.

Advertisement

Malah, penyanyi lagu Lai Lah itu turut menunjukkan bukti mesej yang dihantar individu dikenali sebagai Najib itu.

caprice

Bila orang start melampaui batas, dan buat kita risau pasal keselamatan family… you have crossed the line.

Menurutnya lagi, individu itu telah melampau batas apabila mengganggu isterinya pada tengah malam dan dia sebagai suami sudah tentu memikirkan keselamatan isteri dan keluarga.

So Najib kamu ada 24 jam untuk cari Caprice dan minta maaf depan-depan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki berkenaan yang cuba untuk menggangu isteri orang lain dan memuji tindakan berani Caprice dalam mempertahankan keluarga.

Block je lah. Org camtu memang tak sedar. – Netizen.

Yang suka kacau tunang dengan bini orang ni jenis bodoh kut… macam tak ada perempuan lain.. bersepah lagi perempuan lain yang bujang,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shakila masih sayang Fizi
2 years ago

“I Terima Kalau You Datang Balik” - Syakilla Menangis, Netizen Kata Fizi Ali Cepat Sangat ‘Move On’?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...