Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan mangsa banjir yang berada dalam bot dilihat menghalau seekor babi hutan dengan cara menghempuk haiwan itu dengan pendayung.
Dalam video tersebut, beberapa ekor babi hutan dilihat sedang berenang dan cuba mendekati bot tersebut.
Mangsa banjir dipukul dengan dayung bila cuba naik ke dalam bot.
????? pic.twitter.com/LFzJPCP3Zi
— KucingKèrong (@KlutzyKucing) December 20, 2022
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di negeri Kelantan dan ia kemudiannya menjadi perdebatan netizen di media sosial.
Kata sesetengah warga maya, lelaki tersebut tidak patut bertindak kejam dengan haiwan berkenaan kerana ia juga sedang menyelamatkan diri daripada banjir.
Ini jelas satu tindakan yang kejam. Walaupun ia adalah haiwan liar, mereka tidak menyerang tetapi hanya cuba menyelamatkan diri. Tak perlu pukul.
Namun begitu, ada warga maya tampil ‘back up’ lelaki itu kerana babi hutan adalah haiwan yang ganas dan boleh mengancam keselamatan mereka.
Kata mereka, spesis babi hutan tidak jinak seperti lembu, kucing ataupun anjing tetapi boleh menyerang manusia sehingga mendatangkan kecederaan.
“Datang dah komen terpaling cintakan haiwan, habis tu kalau babi tu sondol sampai boleh mencederakan kau tak payah selamatkan diri la? Kau ingat babi hutan tu macam kucing ke?” tulis netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.