Rasanya, bawang merupakan bahan perlu ada dan kerap digunakan dalam setiap masakan kerana ianya akan membangkitkan rasa juadah yang disediakan.
Antara jenis-jenis bawang yang sering digunakan adalah seperti bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan juga bawang Holland.
Dan sudah tentu, sesi mengupas kulit bawang akan mengundang ‘drama air mata’ kan? Dalam satu perkongsian TikTok ini, wanita yang dikenali sebagai @xg_taukesoh_oe ini ada berkongsi mengenai manfaat kulit bawang di mana kebanyakan daripada kita akan terus membuangnya ke dalam tong sampah.
Dalam video tersebut, wanita ini berkongsi kebaikan kulit bawang yang boleh digunakan sebagai baja, racun serangga semulajadi selain membuat lobak merah lebih bertahan lama jika dicampurkan bersama kulit bawang.
https://www.tiktok.com/@xg_taukesoh_oe/video/7081154912553340186
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja dengan perkongsian tersebut dan akan memanfaatkan kegunaan kulit bawang dalam kehidupan seharian.
Sehingga ke saat artikel ini ditulis, perkongsian Tauke Soh itu telah mendapat ribuan ‘share’ dan juga tanda suka daripada netizen.
Selamat mencuba!