Tular di media sosial apabila satu akaun TikTok @arifbunaya tampil ‘flex’ dengan busana yang digayakan bernilai RM1.63 juta secara keseluruhan!
Dalam hantaran video tersebut, individu itu memakai baju Gucci x Adidas yang bernilai RM5,000, Dior Gold Saddle Bag bernilai RM60,000, gelang tangan Hermes (RM3,000) dan kasut LB x Nike yang harganya mencecah RM70,000.
Namun apa yang lebih mencuri tumpuan netizen apabila individu itu mengenakan jam tangan berjenama Richard Mille yang bernilai sekitar RM1.5 juta seutas.
Difahamkan, individu itu merupakan seorang ahli perniagaan dan juga Forex Trader sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang melihatnya.
Ia sekaligus menjadikan individu itu sebagai manusia yang pernah menggayakan outfit termahal di Malaysia.
Perghh betul-betul kaya ni!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.