(Video) JAKIM Kongsikan Tatacara Tayamum Untuk Jenazah Pesakit Covid-19

Kehidupan

(Video) JAKIM Kongsikan Tatacara Tayamum Untuk Jenazah Pesakit Covid-19

Malaysia telah mencatatkan sebanyak dua kematian setakat ini berpunca daripada wabak COVID-19. Segala urusan pengebumian bagi pesakit COVID-19 telah diuruskan pihak hospital. Disebabkan kematian ini berpunca dari penyakit berjangkit, jenazah terus dikebumikan tanpa dibawa pulang ke rumah ahli keluarga.

Baca: Jenazah Mangsa COVID-19 Selamat Dikebumikan Dengan Kawalan Ketat Kakitangan Hospital

Advertisement

Menerusi perkongsian di Twitter, baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsi panduan pengurusan jenazah lantikan hospital bagi memandikan jenazah pesakit COVID-19 iaitu mengikut tatacara pesakit Ebola (EVD). Panduan tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

 

Menurut posting itu, jenazah COVID-19 akan dimasukkan dalam body bag dan hanya ditayamumkan dan tidak akan dimandikan. Selain itu, jenazah juga akan di semburkan air clorox dan terus dikebumikan selepas selesai disembahyangkan.

Perkongsian lain

Ekoran perkongsian tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat satu perkongsian video mengenai tatacara tayamum yang betul bagi menyempurnakan jenazah COVID-19.

 

Proses tayamum dilakukan dengan menggunakan serbuk tayamum. Jenazah tidak akan dimandikan kerana dikhuatiri wabak COVID-19 berpotensi besar untuk merebak kepada orang yang menguruskan jenazah.

Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...