Kecoh sebelum ini mengenai kisah tiga orang kembar bergelar personaliti media sosial bertudung labuh tiba-tiba sahaja membuka tudung dalam sebuah video siaran langsung mereka sehingga mencetuskan pelbagai respon dalam kalangan masyarakat.
TikTokers kembar 3 dikecam kerana buka tudung
Gara-gara penampilan ketiga-tiganya yang menutup aurat dan terlihat sopan sebelum ini, adik beradik itu dikecam ramai susulan penularan video tersebut di media sosial.
Beri respon terhadap kecaman
Tidak berdiam diri, kembar berkenaan tampil memuat naik video di aplikasi TikTok mereka dan berkongsi kata-kata berbaur peringatan kepada mereka yang mengecam mereka berkenaan isu tersebut.
Jaga mulut, lidah tu lagi tajam dari pedang. Berapa banyak dah korang sakitkan hati orang lepas tu rasa diri korang lagi betul. Minta maaf tak pernah pun.
Dosa dengan Allah SWT, kita mohon ampun dengan Allah insyaAllah Allah boleh maafkan, tetapi dosa dengan manusia wajib mohon maaf kerana takut ia menyekat diri untuk ke syurga.
Menjengah ke ruangan komen, pengikut media sosial adik beradik itu bertindak menasihatkan agar mereka sentiasa bersabar dan terus kekal istiqamah mengikut suruhan Allah S.W.T.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.