Tular di media sosial sejak semalam apabila satu video memaparkan seorang individu bersuara seperti wanita mengenakan ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.
Video tersebut ternyata telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen gara-gara perwatakan individu itu seperti seorang wanita namun menjalankan aktiviti umrah dalam keadaan jantina lelaki.
Menyedari dirinya menjadi tular, individu bernama Mohd Khariri itu menjelaskan kepada mStar Online bahawa dia merupakan bekas mak nyah yang sedang berusaha untuk kembali ke pangkal jalan.
Mohd Khariri yang mesra disapa sebagai CIkgu Ery itu juga berkata bahawa perjalanan umrah kali ini merupakan kali ketiga semenjak tahun 2012.
Jelasnya lagi, memang banyak ujian terpaksa dilalui kerana bentuk tubuh badan dan suaranya persis seorang wanita.
Siapa yang bagi dorongan kepada Cikgu Ery @erinz_002 untuk berubah? Jom kita dengarkan! #IndahDihati pic.twitter.com/aVJ3x8DvFT
— ZAYAN (@ZayanMy) July 21, 2020
Setiap kali nak masuk (tempat), saya diperiksa. Iyalah, muka saya muka operate, body operate. Jadi ini ‘tinggalan sejarah’, saya bekas mak nyah.
Saya tak pakai jubah perempuan, tak pakai makeup, bukannya pakai bra cuma wajah persis wanita dan suara seakan-akan wanita.
Dalam pada itu, CIkgu Ery mengakui dirinya menerima tempias dan kecaman serta fitnah oleh segelintir masyarakat disebabkan oleh penampilannya itu.
“Tak kenal maka tak cinta. Kalau ada orang yang keliru tentang saya, lelaki ke perempuan, Insya-Allah, lama kelamaan mereka akan kenal saya sebab saya dah hijrah” ujar Cikgu Ery lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.