September 22nd, 2020

Tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung video dirinya memakai gelang pink di tempat awam yang tular di pelusuk media sosial sejak minggu lalu, Instafamous Chazynash akui perkara itu satu kesilapan yang datang daripada dirinya sendiri.

"Video Itu Hanya Syok-Syok Sahaja" - Buat Prank Pakai Gelang Pink, Instafamous Chazynash Tampil Mohon Maaf

Dedahnya, video tersebut bukan untuk memperlekehkan mana-mana pihak sebaliknya hanya lakonan semata-mata.

“Pertama sekali saya nak minta maaf, saya tak boleh nak salahkan korang semua jika tak sependapat seperti saya bahawa video itu sekadar lawak. Saya faham. Tapi saya lihat ramai yang salah faham bahawa video ini prank di tempat awam.”

Katanya juga, video tersebut hanyalah lakonan semata-mata kerana segalanya sudah dirancang bersama team produksi.

"Video Itu Hanya Syok-Syok Sahaja" - Buat Prank Pakai Gelang Pink, Instafamous Chazynash Tampil Mohon Maaf

“Untuk pengetahuan semua itu bukan video prank. Semua berlakon, 100 peratus staged termasuk orang di sekeliling, semua kawan-kawan dan buat di set lakonan. Saya buat video itu bukan nak memperlekehkan mana-mana pihak. Video itu hanya syok-syok sahaja. Sebab content saya kebanyakannya macam tu.”

Terdahulu tular aksi instafamous itu yang memakai gelang pink di sebuah restoran hingga mencetuskan panik dalam kalangan netizen.

Rentetan itu, ramai juga yang beranggapan tindakan itu agak keterlaluan sehingga wujud pengikutnya yang tampil mempersoalkan mengapa perkara tersebut boleh berlaku kerana beliau dilihat berkelakuan seperti mahu memperlekehkan pihak tertentu.

Malah, ada juga yang merasakan jenaka itu tidak bersesuaian kerana mengaitkan isu sensitif dan kesihatan.


5 responses to ““Video Itu Hanya Syok-Syok Sahaja” – Buat Prank Pakai Gelang Pink, Instafamous Chazynash Tampil Mohon Maaf”

  1. A\ says:

    dia buat content cmni pon ramai melayu bekap.
    konfem polis tak amek tindakan.
    ye ah dia ni bukan biase2

  2. F says:

    BNYK LG CONTENT YG BERMANFAAT KETIKA MUSIM COVID MCMNI. GELANG PINK ISU YG AMAT SENSITIF BG STIAP ORG. BNDA NI MLAMPAU. PLS, NK BT SESUATU FIKIR DLU BAIK2. SORRY TO SAY, HIBURAN TAK KENA TEMPT & FYI BNDA NI TAK KELAKAR LANGSG. SERIOUSLY TAK KELAKAR.

  3. Ra says:

    Bodohhhhhhhhh, kau ingat perkara ni untuk buat lawakkkkkkk….bagus betul2 kau kena

  4. Anonymous says:

    ini video bodoh ! benda ni dibuat lawak pulak, tuanpunya video sengaja nak permainkan org ramai ke atau mempermainkan kerajaan kerana berlakon mengengkari SOP? Boleh buat org ramai panik kalau ternampak ada pemakai gelang pink makan di tempat awam.

  5. dina says:

    muak dgn content yg macam ni..tkpe i dah unfollow n block mamat sampah ni…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...