(VIDEO) “Itu Duit Haram!” – Isu Duit Deposit ‘Burn’, Ustaz Azhar Idrus Tampil Perjelas Hukum Sebenar

Kehidupan

(VIDEO) “Itu Duit Haram!” – Isu Duit Deposit ‘Burn’, Ustaz Azhar Idrus Tampil Perjelas Hukum Sebenar

Baru-baru ini, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus memuat naik hantaran video di laman Facebook miliknya menjelaskan tentang hukum isu duit deposit atau wang pendahuluan yang tidak dikembalikan.

Menerusi video tersebut, Ustaz Azhar berkata semua duit deposit perlu dikembalikan kepada pembeli jika dia membatalkan niat untuk membeli sesuatu dalam urusan jual beli.

Advertisement

Menurut Ustaz Azhar, jika seseorang ingin membeli rumah dan meletakkan duit deposit, tetapi membatalkan hasratnya, maka wajib penjual memulangkan semula duit berkenaan.

duit

Itu duit haram, jika makan duit tersebut, maka ia berdosa dan masuk neraka.

Difahamkan, hukumnya adalah haram dan berdosa jika duit deposit tersebut tidak dikembalikan malah digunakan oleh pihak penjual.

Jangan kamu memakan duit sesama kamu dengan cara tidak betul. Pulang balik duit orang walaupun hanya RM50.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar menjelaskan sesiapa yang mengambil hak orang lain dengan cara tidak betul, maka Allah wajibkan dia masuk neraka dan haramkan mukanya masuk syurga.

Setiap individu yang gunakan duit haram itu tempatnya hanya di neraka, tak kiralah sebesar dan sekecil mana amaun tersebut, ia tetap haram dan berdosa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

duke
6 bulan lalu

(VIDEO) "Jangan Timbulkan Tuduhan" - Tular Lukisan 'Tukang Sihir' Di TikTok, DUKE Minta Henti Sebarkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...