Dikritik tidak menghormati isterinya, Hanis Zalikha gara-gara video meminta anak ketiga, pelakon Hairul Azreen bagaimanapun memberitahu beliau sedikit pun tidak terkesan dengan komen yang dilemparkan.
Video itu sekadar gurauan beliau bersama isteri dan ia tidaklah keterlaluan. Hanya ingin meluahkan perasaan rindu. Malah, beliau dan Hanis juga tidak mempunyai sebarang isu mengenai video tersebut.
Kalau orang kenal saya, itu cara saya bergurau termasuk dengan isteri. Netizen bebas untuk cakap apa sahaja. Kalau orang di luar sana terguris hati, apa yang boleh saya katakan, saya tidak boleh puaskan hati semua orang.
Saya bahagia dengan hidup. Orang ingin cakap apa, silakan. Saya tidak boleh tutup mulut mereka. Kalau netizen bagi saya duit belanja untuk saya keluarga, mungkin saya akan dengar cakap orang di luar sana.
Terdahulu, bagi sesetengah netizen, Hairul bersikap tidak sopan dan memalukan isterinya apabila berkata ‘mahu buat anak ketiga’ selepas selesai penggambaran filem.

Malisa
April 22, 2019 at 7:55 am
Boikot je produk si bongkak ni laki bini.kalau bukan netizen bodoh beli produk ko xda la ko kaya Mendongak langit .
Gaban Meraban
April 19, 2019 at 5:24 pm
Aku rasa gurauan ni menjijikan + menjatuhkan martabat isteri dia + memalukan + sangat busuk etc adalah sebab hairul tu punya ekspresi + gaya dia menari lepas dia abis bagi ucapan tu.. sbb org tak fokus pun kat ramai2 yang menari kat belakang.. n kalau diperhatikan, bukan tarian ghairah pun yang terkinja2 kat belakang2.. nampak mcm hu ha hu ha ntahpape je.. tp beza dgn gaya n mimik muka hairul.. nampak jijik.
Aku rasa kalau lepas dia ucap ayat tu, dia x menari mcm tu, mungkin takde la mnjadi kecaman org.