Tular baru baru ini mengenai satu video podcast negara Singapura @okletsgo.sg yang menampilkan penyampai radio DJ Tyzo dan Shuk Sahar sebagai tetamu jemputan mereka untuk satu episod mereka.
Dalam episod podcast yang dikemudi Dzar Ismail, Dyn dan Raja Razie itu, Tyzo diajukan soalan ‘panas’ iaitu adakah ada peminat wanita cuba mendampingi dirinya sepanjang bergelar personaliti radio.
Dalam nada berseloroh, Tyzo mendakwa dia pernah diraba dan menganggap ia adalah perbuatan tidak sengaja.
Shuk Sahar kemudian menghangatkan suasana dan bertanyaka Tyzo sama ada orang yang meraba itu adalah daripada ‘top management’.
Kata Tyzo, peristiwa itu adalah cerita lama dan perbuatan itu berlaku dalam kereta.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan gelagat Tyzo dan Shuk Sahar dalam podcast tersebut.
Terdahulu, Tyzo yang merupakan bekas penyampai radio Suria FM telah mencuri perhatian netizen gara-gara penamatan tugasnya di stesen radio tersebut yang didakwa tidak adil.
Tyzojuga memaklumkan bahawa dia tidak reda dengan pemecatannya sebagai penyampai radio Suria FM.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.