(VIDEO) Isu Tarian Lucah : Normah Damanhuri Akhirnya Minta Maaf

Hiburan

(VIDEO) Isu Tarian Lucah : Normah Damanhuri Akhirnya Minta Maaf

Betul kata orang, seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya. Begitu juga dengan pelakon Normah Damanhuri yang tampil memohon maaf secara terbuka berkenaan isu tarian lucah di perkahwinan anaknya, Ahya Rosli.

Advertisement

Menerusi akaun Instagramnya, Normah menjelaskan beliau juga agak terkejut dengan aksi tarian itu dan tidak sangka lelaki berpakaian menyerupai wanita itu akan mengenakan pakaian seksi dan melakukan aksi ghairah.

Terdahulu, gara-gara aksi tarian lucah itu, netizen melancarkan kempen Boikot Keluarga Damanhuri. Rata-rata netizen mengkritik tarian itu sangat tidak sesuai untuk majlis tersebut yang bertemakan tradisional Melayu selain memberikan pengaruh kepada masyarakat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.